Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 20, 2012

Roda memang telah berputar :)

Assalammualaikum..Holaa.. Pepatah ada menyebut, tak lari gunung di kejar...dan ada jugak pepatah, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...ada kesahihannya yang dapat aku amati dari kedua-dua pepatah ini..itu lah yang sering terjadi dalam hidup aku, terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan sehingga kadang kala yang ada depan mata aku abaikan demi menjaga hati banyak pihak...Bila yang ada depan mata aku abaikan, maka akhirnya aku pula terabai...Nak menyesal tiada guna kerana kalau benda boleh aku cuba dapatkan jugak, tapi ini pula satu nyawa..Aku banyak dah melepaskan segalanya pergi, aku juga banyak membiarkan masa indah berlalu begitu sahaja..Kalau aku cari sekarang mungkin aku di katakan melepaskan batuk di tangga, tapi aku tak cukup kekuatan untuk menghampiri 'itu'...Tapi aku tak penah putus asa atas apa yang berlaku dalam kehidupan aku kerana ini semua pengalaman yang sangat berharga untuk aku seorang insan kerdil di muka bumi Tuhan ini..Andai 'ia' diciptakan untuk aku, walau jauh mana pun 'ia' pergi meninggalkan aku tanpa sengaja pasti di akhir nanti aku akan temui'nya' jua...Usia bukan ukuran kerana ia hadir tanpa paksaan...Adios..Moga malam ini mimpi indah buat aku dan 'ia' :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...