Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 24, 2012

My new addiction:)

Assalammualaikum..Holaa..
Sejak cuti semester nie makin membuak napsu nak menulis blog bagaikan..Untunglah FK..haha..sedang menonton Vanilla Cokelat nie tetibe rasa nak minum air yang dikatakan satu fenomena baru bagi aku sebagai seorang pelajar yang tekun menelaah bahan bacaan untuk dihambur keluar dari otak ketika menjawab exam..fuhhh..satu nafas uols..haha...apakah air yang aku gembar-gemburkan tu? Haa..sesuatu yang aku rasa mampu menyegarkan mata aku dari terlelap, air yang dimaksudkan yakni 'Neslo'..ahha...aku seorang yang tak boleh minum coffee lagi-lagi white coffee kerana dipercayai boleh membuatkan aku ting-tong untuk beberapa jam, jadi aku beralih ke 'Neslo' untuk mengurangkan kesan ting-tong yang aku percayai akibat bawaan coffee, stereotaip kah aku? haha..Meh aku ajar cam ne nak buat 'Neslo' yang sedap, ekceli masa kat kolej dulu aku beli je, tak buat pon disebabkan kemalasan untuk mendapat bahan-bahan keringnya kan. Jadi skang dah kat umah nie buat la sendiri, baru nampak anak dara sikit..ready laa nanti kalau mak mertua mintak tolong buat untuk ayah mertua, sopannya..haha..


 2 sudu besar Milo
1 sudu kecil Nescafe
Susu pekat manis secukup rasa
1 sudu kecil creamer
Air panas
Kiub ais- baru letop!

(Kalau malas memang dah ada yang dah dicampur siap, cari la kat Giant near korang, hahaha..)

Senangkan cara-cara nya..Hah! apalagi kalau korang nak cuba pegi la dapur, kalau ngadap screen nie je mane nak siap 'Neslo' nye, melainkan korang suh orang lain buat sambil korang jeritkan bahan-bahannya. Wahh! kelass kau, kalau ada maid tuh ok la kot, kalau mak korang yang korang suruh mau kene hambat, tak de sivik punye anak, hehe..Selamat mencuba!


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...